Kekalahan besar 1-6 di pentas final sama sekali tidak melenturkan semangat perjuangan Selangor FC untuk bangkit dan memperbaiki kekurangan kelab sekali gus tampil menjadi pasukan yang lebih kuat untuk mencabar kejuaraan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, perbezaan pengalaman di pentas final jelas kelihatan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Red Giants namun baginya, setiap pemain sudah memberikan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan segalanya.
“Sudah pasti pengalaman yang dimiliki JDT membuatkan mereka lebih selesa bermain di final, Selangor perlu belajar untuk perbaiki kekurangan untuk perlawanan akan datang.
“Rata-rata pemain sudah memberikan yang terbaik, sudah tentu kita kecewa kerana tidak berjaya berikan sesuatu yang istimewa buat peminat yang ternanti-nanti perlawanan ini.
“Kita akan bekerja keras dan cuba lagi dalam perlawanan akan datang termasuk Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Maaf buat peminat kerana kita gagal beri keputusan lebih baik kali ini,” katanya Ketika ditemui selepas aksi final Piala FA, semalam.
berjaya selepas lawan mereka bijak menggunakan segala peluang yang ada untuk menghukum barisan pertahanan dengan meledak jaringan demi jaringan.
Terdahulu, JDT mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Selangor di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
sumber:- HM
Ketika ini semua pasukan sedang berehat untuk memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang akan bermain di Pestabola Merdeka pada awal September depan sementara saingan Liga Super akan bermula semula pada 13 September nanti.