Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil akui tidak gembira dengan kekalahan besar 6-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Jelas Nidzam, keputusan itu sememangnya mengecewakan dan tidak menyangka mengalami kekalahan sebesar itu.
“Jujur tak gembira (keputusan perlawanan). Memang tak gembira. Keputusan yang mengecewakan banyak tempat, banyak pihak.”Benar kami tak gembira dengan keputusan ini,” katanya pada sidang media selepas aksi final itu.
“Benar kami tak gembira dengan keputusan ini,” katanya pada sidang media selepas aksi final itu.”Ini menunjukkan betapa kita kena kerja keras lagi. Kena bersiap sedia lebih baik. Dengan keputusan ini, kita perlu sediakan pasukan dengan lebih baik lagi,” katanya.
Dalam aksi itu, JDT menguasai permainan sejak awal dan berjaya mendahului dua gol pada babak pertama menerusi sepakan percuma, Juan Muniz di minit 25 dan Arif Aiman Hanapi minit 41.
Bersambung separuh masa kedua, Red Giants cuba bangkit dengan gol Alvin Fortes di minit 59 sekali gus melonjakkan motivasi anak buah Nidzam.
Bagaimanapun, malam ‘ngeri’ Selangor bermula pada minit 62 apabila Bergson da Silva menambah gol ketiga sebelum Muniz menambah dua gol lagi untuk melengkapkan hatriknya (minit 67 dan 89) dan satu menerusi Heberty (m-76).
sumber:- HM
Dengan kejayaan itu, membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dan kelima secara keseluruhan bermula 2016, 2022 dan 2023, termasuk pada 1998 ketika di bawah Johor FA.