DEBARAN final Piala FA 2024 yang menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar lagi kian dirasai.
‘Rahsia’ bilik persalinan kedua-dua pasukan didedahkan menjelang sepak mula pada jam 9 malam ini.Skuad Harimau Selatan akan memperagakan jersi tradisi mereka merah biru, manakala pasukan Gergasi Merah pula dengan warna kebanggaan, merah kuning.
Strategi jurulatih mana yang lebih ampuh untuk merencana pasukan mereka meraih kejuaraan bakal diketahui sejurus wisel penamat dibunyikan pengadil.
sumber:- SH
JDT dibimbing Hector Bidoglio atau Nidzam Jamil pengendali tempatan yang melatih skuad Gergasi Merah yang bakal tersenyum dengan kejayaan pasukan mereka untuk membawa pulang Piala FA.