Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Skuad Harimau Selatan kini dalam persiapan akhir dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA menghadapi Selangor, Sabtu ini.Semua pemain JDT tampak bersemangat menjalani latihan di atas rumput jenis zeonzoysia itu dalam suasana hujan renyai-renyai.
sumber:- stadium astro
Skuad Gergasi Merah pula terlebih dahulu mengadakan persiapan di venue serupa secara tertutup.