sukan

Legenda Kedah di ICU

Legenda bola sepak Kedah era 90-an Faridzuan Che Hamid kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat komplikasi usus dan bakal ditidurkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi meneruskan rawatan lanjut.

Menurut bekas rakan sepasukannya, Mohd Farouk Ismail, Faridzuan sebelum ini merujuk berkaitan masalah usus yang alaminya di sebuah hospital swasta di Alor Setar pada minggu lalu sebelum menerima rawatan lanjut di HSB sejak Rabu lalu.

“Faridzuan kini sedang menjalani rawatan lanjut berkaitan komplikasi usus di HSB selepas merujuk kepada sebuah hospital swasta di bandaraya Alor Setar pada minggu lalu.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital swasta berkenaan, beliau kemudian dipindahkan ke HSB bagi mendapatkan rawatan lanjut oleh pakar di sana.

“Apa yang dimaklumkan kepada saya oleh keluarga terdekatnya adalah beliau bakal ditidurkan di wad ICU HSB esok iaitu Ahad bagi meneruskan proses rawatan yang ditetapkan berkaitan masalah usus yang dihadapinya,” katanya.

Faridzuan yang kini berusia 53 tahun adalah bekas pemain Kedah kelahiran Pulau Tuba, Langkawi dan usahawan sektor pembinaan dan penyediaan makanan.

Beliau yang pernah memakai jersi nombor 14 untuk skuad Hijau Kuning dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Robert Alberts cukup tajam di depan pintu gol.

sumber:- HM

Dia pernah bersama pasukan Kedah ketika merangkul naib juara Piala Malaysia 1992, juara Liga Divisyen 1 pada 1993, juara Piala Malaysia 1993 dan Juara Piala Sumbangsih 1994.