Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi Piala FA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Sepakan pemain import, Juan Muniz, dengan kaki kiri berbisanya melalui sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan Samuel Somerville untuk jaringan pertama JDT pada minit ke-25 sebelum pemain sensasi, Arif Aiman, menggandakan kelebihan menerusi tandukannya buat skuad Harimau Selatan sebelum tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua permainan, JDT semakin bernafsu membuat percubaan berbahaya bagi terus memberi asakan buat barisan pertahanan The Red Giants.
Skuad kendalian Nidzam Jamil akhirnya menghidupkan peluang untuk merapatkan jurang permainan apabila kuisan Alvin Fortes gagal ditepis penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi, sambil terus bernafsu mengatur serangan ke arah lawan untuk keputusan 2-1.
Namun, semuanya kian hampa buat Gergasi Merah Kuning susulan pemain kelahiran Brazil, Bergson da Silva, membuat penyokong Selangor tergamam dengan jaringan penambahannya sebelum Juan Muniz sekali lagi merobek gol untuk kedudukan semasa 4-1.
Meskipun Selangor membuat pertukaran mengeluarkan Samuel Sommerville menggantikan dengan penjaga gol muda, Azim al-Amin, namun, semuanya sudah terlambat buat naib juara Liga Super Malaysia musim lalu itu.
sumber:- stadium astro
Sepakan lencongan Heberty Fernandes menambah derita JDT tatkala Juan Muniz mencatat nama sebagai hatrik apabila memberikan jaringan kemenangan sekali gus melihat JDT merangkul trofi berprestij itu malam ini.
Tahniah JDT!