Adakah ia satu perang psikologi atau sebenarnya sengaja ‘bermain-main’ dengan menolak tepi semangat kesukanan daripada kem Johor Darul Ta’zim (JDT)?
Itu persoalan yang timbul dikalangan pengamal media yang hadir selepas JDT langsung tidak menjawab sebarang soalan pada sidang media pra perlawanan akhir Piala FA antara skuad Harimau Selatan dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Dalam sidang media itu, JDT hanya diwakili penolong jurulatih, Jose Lopez dan pemain yang banyak memanaskan bangku, Junior Eldstal ketika protokal atau prosedur operasi standard (SOP) sidang media final kebiasaannya dihadiri ketua jurulatih dan ketua pasukan.
Situasi itu nyata berbeza daripada sidang media final tahun-tahun sebelumnya, dan suasana bertambah ‘pelik’ apabila kedua-dua wakil itu langsung tidak dapat menjawab soalan yang diajukan.
“Tiada, saya tiada apa-apa yang ingin diperkatakan!”, kata LOpez mahupun Eldstal sepanjang sidang media itu.Mungkin itu salah satu perang psikologi yang dilancarkan JDT dengan enggan memberi sebarang ulasan atau perkongsian tentang persiapan pasukan.
Dari awal pertembungan kedua-dua pasukan gergasi tanahair itu dijangka ‘panas’ dengan masing-masing memasang misi tersendiri di pentas final itu.
sumber:- HM
JDT sudah pastinya mahu mempertahankan trofi dimenangi musim lalu itu, manakala skuad Red Giants dalam misi menamatkan badi kejuaraan selepas kali terakhir menjulangnya pada 2009 lalu.