sukan

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah menang mudah, mara ke suku akhir

Turun dengan misi untuk kekalkan momentum dan persembahan terbaik usai perjuangan di Olimpik Paris pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan dan M.Thinaah turun ke gelanggang badminton di Yokohama Kanagawa dalam misi isi slot ke suku akhir.

Pearly-Thinaah menerima cabaran dari beregu yang kini huni ranking ke-50 dunia dari Denmark iaitu Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow.

Pasangan ‘soya cincau’ negara cemerlang di set pertama apabila mudah tamatkan aksi dengan keputusan 21-11.Namun skrip berbeza berlaku pada set kedua apabila beregu Denmark berjaya sentak ego Pearly-Thinaah untuk kedudukan pendahuluan jadi milik mereka 5-2 pada satu ketika.

Namun demi semangat membara bawa nama negara, beregu utama negara berjaya bangkit samakan kedudukan 20-20 sekaligus benam cabaran beregu dari Denmark dengan keputusan berkesudahan 22-20.

sumber:- stadium astro

Selepas ini di suku akhir Pearly-Thinaah bakal terima cabaran dari pemenang dalam satu lagi aksi pusingan kedua antara Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China atau Rui Hirokami-Yuna Kato dari Jepun.