Tonggak tengah kelab Lille, Angel Gomes yang beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancis kini dalam keadaan sihat selepas mengalami kecederaan di kepala yang agak serius ketika menentang Reims, semalam.
Dalam aksi itu, Gomes yang juga bekas pemain Manchester United terpaksa di bawa ke hospital selepas bertembung dengan pertahanan Reims, Amadou Kone yang kemudiannya dibuang padang susulan insiden itu.
“Saya menerima rawatan dengan baik dan semakin sihat selepas di bawa ke hospital.
“Insiden itu berlaku cukup pantas dan ia amat menyakitkan. Tetapi apa yang paling penting, keadaan saya semakin baik,” katanya.
Gomes turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan yang merawatnya dan penyokong yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
sumber:- HM
“Sokongan amat mengharukan. Ada juga yang memberi kata-kata sokongan di laman sosial, terima kasih semua,” katanya.Di akhir perlawanan menyaksikan Lille menewaskan Reims 2-0 dalam perlawanan pembukaan musim itu.