Pasukan Pilihan Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Selangor 2024 selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Merdeka, sebentar tadi.
Jaringan yang dijaringkan oleh pemain gantian, Alvin Fortes pada masa kecederaan separuh masa kedua sudah cukup untuk memastikan piala utama itu terus kekal di negeri Selangor.
Dalam perlawanan itu, bintang Selangor FC, Faisal Halim buat pertama kalinya diturunkan sebagai pemain utama selepas tiga bulan direhatkan akibat kejadian simbah asid dan menggalas tanggungjawab selaku ketua pasukan.
Faisal yang beraksi sepanjang 45 minit pertama berjaya menggerakkan bahagian serangan dan hampir meledak jaringan tetapi beberapa percubaan dari pemain itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pilihan Singapura.
Pengendali pilihan Selangor, Nidzam Jamil melakukan lapan pertukaran untuk aksi separuh masa kedua dan mereka terus menguasai permainan sepanjang perlawanan dengan percubaan demi percubaan namun deretan peluang yang hadir gagal disempurnakan dengan baik.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gol pilihan Singapura, Syazwan Buhari yang beraksi begitu cemerlang untuk menghalang jaringan daripada terhasil.
Jaringan yang di cari akhirnya menjelma pada minit ke-82 menerusi seorang lagi pemain gantian, Ronnie Fernandez yang berjaya melepasi perangkap ofsaid dan mudah menewaskan Syazwan.
Lima mini kemudian, Pilihan Singapura berjaya menyamakan kedudukan menerusi Faris Ramli untuk mengikat kedudukan 1-1.
Di kala perlawanan seakan-akan dilihat seri, Fortes muncul wira pasukan Pilihan Selangor apabila meledak jaringan kemenangan untuk mengubah perlawanan 2-1.
sumber:- HM
Untuk rekod, pasukan Pilihan Selangor bergelar juara Piala Sultan Selangor kali ke-10 iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019, manakala Pilihan Singapura menjulang trofi itu tujuh kali pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016, 2017 dan 2024.