sukan

TERKINI: aksi JDT Perak ditunda ke tarikh baharu

Aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh malam ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan cuaca buruk.

Perkembangan berkenaan diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan dengan keputusan itu dibuat selepas aksi terbabit dihentikan akibat hujan.

“Perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Perak yang dihentikan akibat hujan lebat akan ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak,” kata kenyataan MFL.

JDT yang juga juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut kini memimpin saingan Liga Super 2024/25 dengan mengumpul 22 selepas mengharungi lapan perlawanan.

Skuad Harimau Selatan akan menghadapi aksi final Piala FA berdepan Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 24 Ogos ini.

sumber:-BH

Sementara itu, Perak yang mengharungi tujuh perlawanan musim ini berada di kedudukan ke-10 dengan mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan tewas lima kali.