sukan

Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong

Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak dalam kalangan penyokong.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sabah FC, Faisal Halim dilihat keluar dari bilik persalinan di Stadium Likas untuk bersalaman dengan pemain-pemain Sabah, termasuklah jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Rata-rata menzahirkan rasa syukur dan memberikan kata-kata semangat buat Faisal Halim yang mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan selepas insiden hitam yang menimpanya pada Mei lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Faisal Halim menjadi pemain gantian untuk Selangor FC sekaligus membantu pasukannya menewaskan Sabah FC dengan jaringan 2-1.

sumber:- stadium astro

Jaringan Sabah FC terhasil melalui jaringan sendiri Safwan Baharuddin, manakala jaringan Ronnie Fernandez dan Harith Haiqal memastikan Selangor FC pulang dengan 3 mata penuh.