Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan meneruskan momentum yang diperoleh di Sukan Olimpik Paris 2024 ke kejohanan disertai mereka selepas ini.
Tang Jie-Ee Wei dijadual menyertai Terbuka Jepun dari 20 hingga 25 Ogos ini sebelum menyertai Terbuka Korea selepas itu dengan sasaran utama memperbaiki ranking mereka sebelum hujung tahun ini.
Mereka yang kini menghuni ranking kesembilan dunia menamatkan kempen sulung di Olimpik di Paris dengan nada kekecewaan apabila terkandas di suku akhir biarpun sudah menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Tang Jie-Ee Wei memulakan langkah sulung mereka di Paris 2024 dengan positif apabila muncul juara Kumpulan D sebelum terpaksa akur kecundang 19-21,14-21 di tangan gandingan kelapan dunia dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun di suku akhir.
“Memang kami kecewa kerana tak boleh melakukan sesuatu yang lebih baik (di Paris) namun kami masih ada perjalanan yang perlu dilalui. Mesti ada kemahuan untuk bermain di setiap kejohanan dan kalau tidak, kami tidak akan berada di sini.
“Kalau boleh, kami tak mahu kekal (kesembilan dunia), kami nak meningkat lebih baik lagi,” kata Tang Jie yang turut berterima kasih atas sokongan diterima mereka sepanjang persediaan ke Paris 2024.
“Walaupun tak dapat keputusan diharapkan tetapi kami sudah cuba terbaik. Paling penting, kalau tak ada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), Tan Sri Norza Zakaria (presiden BAM), kami memang susahlah sebab saya dan Ee Wei baru dua tahun bersama.
“Kalau tak ada sokongan daripada mereka, saya rasa sudah untuk kami capai sehingga tahap ini. Bagi kami, perancangan RTG (Road To Gold) sangat penting untuk kami kerana sebelum Olimpik, saya ada sedikit rasa kurang selesa di bahagian lutut.
sumber:- BH
“Kalau tak ada program ini, saya tak akan dapat memberikan saingan dengan sebaiknya di Olimpik,” kata Tang Jie.