sukan

Bapa Lamine Yamal ditikam berkali-kali

Bapa pemain remaja Sepanyol dan Barcelona, Lamine Yamal ditikam namun berada dalam keadaan stabil, lapor akhbar Sepanyol, La Vanguardia awal pagi tadi.

Mounir Nasraoui ditikam beberapa kali di tempat parkir kereta di Mataro selepas bertelagah dengan beberapa lelaki ketika beliau berjalan dengan anjingnya, menurut laporan itu, memetik “sumber rasmi yang mengetahui insiden itu.”

Polis wilayah Catalunya, yang menjalankan siasatan, tidak mengesahkan insiden itu kepada umum atau membalas permintaan AFP bagi maklumat lanjut.

Akhbar La Vanguardia berkata, beberapa tangkapan sudah dilakukan.Serangan itu berlaku di kawasan kejiranan Rocafonda di Mataro, kira-kira 30 kilometer ke utara Barcelona, yang mana Yamal membesar dan bapa serta neneknya masih hidup.

Pemain berusia 17 tahun itu meraikan gol dengan melakukan ‘304’ menggunakan tangannya, merujuk kepada poskod kawasan kejiranan Catalunya itu.

sumber:- BH

Membuat penampilan sulungnya pada usia 15 tahun, Yamal sudah meningkat kepada elit dalam jangka masa singkat dan menjadi kunci kejayaan Sepanyol pada Euro 2024 musim panas ini. – AFP