sukan

Vinicius ditawar gaji RM56.83 sesaat

Vinicius Junior dijangka ditawarkan kontrak terbesar dalam sejarah sukan oleh kelab Arab Saudi, menurut laporan.

Bintang Real Madrid itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 11 bantuan gol dalam 39 perlawanan musim lalu, membantu pasukannya menjulang trofi LaLiga dan Liga Juara-Juara.

Dia adalah pilihan untuk memenangi Ballon d’Or dan menjadi sebahagian daripada barisan penyerang paling hebat dalam sejarah baharu bersama Jude Bellingham dan pemain baru kelab itu, Kylian Mbappe.

Namun menurut ESPN, kelab Arab Saudi sedang berusaha untuk ‘menabur wang’ terhadap Vinicius, 24, dalam usaha untuk membawanya keluar dari Bernabeu.

Angka ‘habuan’ itu sukar dipercayai dengan jumlah bayaran yang dikatakan bakal diterima Vinicius hampir £300 juta (RM1.7 bilion) setahun, RM142 juta sebulan, RM4.55 juta sehari dan hampir RM56.83 setiap saat.

Bayaran lain juga akan termasuk dalam perjanjian yang akan berlangsung sehingga 2029.Vinicius yang mempunyai baki tiga tahun dalam kontrak bersama Real Madrid akan menjadi duta untuk bidaan Piala Dunia 2034 Arab Saudi sekiranya dia menerima perjanjian itu.

Public Investment Fund (PIF) yang memiliki 75 peratus saham Al Ahli, Al Ittihad, Al Hilal dan Al Nassr membincangkan perpindahan terbabit dengan Real Madrid, tetapi gergasi Sepanyol itu tidak mahu melepaskannya.

Real juga akan menuntut klausa pelepasan RM4.8 bilion dengan tawaran rasmi belum dihantar, namun Vinicius masih belum menolak tawaran itu.

sumber:- BH

Pemain Brazil itu menyertai Real Madrid dari Flamengo pada 2018 dalam perjanjian bernilai sekitar RM227 juta yang mana dia sudah bermain 264 perlawanan untuk Los Blancos, menjaringkan 83 gol dan melakukan 75 bantuan gol. – AGENSI