sukan

Paris 2024: Nak komen pun tengoklah cermin dulu — Chong Wei

Pemilik tiga pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, berpesan kepada peminat sukan di Malaysia agar berpada-pada ketika melontarkan kecaman.

Jaguh badminton dunia itu tidak membantah mengenai kritikan terhadap atlet sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024, cuma biarlah yang menjurus ke arah pembaikan, bukannya menjatuhkan atlet semata-mata. Lantas, dia menyeru peminat lebih baik cermin diri dan tidak berselindung di sebalik akaun media sosial.

Selepas menamatkan temasya edisi ke-33 dengan mengutip dua pingat gangsa, Chong Wei juga menyeru tindakan segera diambil oleh organisasi berkaitan dalam usaha terus mengangkat sukan negara ke persada dunia.

Menurutnya di Facebook, “Untuk penyokong-penyokong termasuk I pula, jom kita teruskan sokongan. Yang nk komen, biarlah berpada-pada. Bagilah nasihat yg constructive.

sumber:- stadium astro

“Jgnla ko bermisai dan gigi jongang, tapi profil muka awek suci pastu kasi komen komen yg negatif, yg boleh merosakkan keyakinan atlit kita dan memusnahkan perpaduan negara.”Jgn jadi keyboard warrior je!”

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

7 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

9 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

9 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

10 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

11 hours ago