Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, layak ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengungguli saringan ketiga repechage pusingan pertama di velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Selepas keputusannya dibatalkan dalam pusingan pertama gara-gara melanggar garisan biru, The Terminator bangkit dalam pusingan repechage untuk memenangi saingan berkenaan biarpun pada satu ketika ketinggalan sedikit ke belakang.
Pendekatannya untuk keluar ke bahagian luar menuju ke selekoh terakhir tenyata membuahkan hasil untuk diiringi pelumba Canada, Nick Wammes, ke suku akhir.
sumber:- stadium astro
Terdahulu, jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang, dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perjuangannya berakhir.Saingan suku akhir keirin dijangka berlangsung jam 5.20 petang ini.