sukan

Import terbaharu JDT bukan calang-calang

Gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkasa jentera tengahnya apabila membawa masuk pemain dari Sepanyol, Iker Undabarrena.

Perkembangan mengenai kemasukan pemain baharu itu diumumkan menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Menerusi semakan di laman Transfermarkt, pemain berusia 29 tahun itu memulakan kariernya bersama pasukan remaja Bilbao sebelum menyertai skuad Bawah 18 tahun (B-18) Bilbao.

Dia menghabiskan sebahagian besar kariernya di Sepanyol bersama pasukan seperti CD Basconia, Bilbao Athletic, CD Tenerife dan CE Sabadell.

Dia juga pernah berkelana di Portugal bersama Tondela pada 2021 sebelum kembali ke Sepanyol untuk menyertai CD Leganes pada 2022.

sumber:- BH

CD Leganes menjadi kelab terakhirnya sebelum menyertai skuad Harimau Selatan.