sukan

Komen Bidoglio selepas ‘bedal’ Kedah

WALAUPUN berpesta gol pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tetap mengingatkan anak buahnya untuk kekal fokus bagi menghadapi perlawanan berikutnya menentang Perak FC.

Beliau berkata, setiap pasukan yang didepani JDT sentiasa berusaha keras untuk menewaskan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu, justeru, beliau meminta pemain supaya mengekalkan rentak permainan cemerlang dan sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing.

“Kita tidak ada masa untuk relaks, kita perlu kekalkan fokus, dinamik dan terajui perlawanan. Kita berlatih setiap minggu dan fokus kita untuk mempertingkatkan skil individu kerana kita ada beberapa perlawanan akan datang.

“Kita memang kaji dan lihat perlawanan pasukan lawan tetapi semua pasukan yang menentang JDT akan berusaha mengalahkan kita dan akan bermain ‘lain’ apabila menentang kita.

“Jadi kita ada plan A dan plan B jadi penting untuk kita kekal fokus. Pada kami penting untuk menang,” katanya kepada pemberita.

Pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, JDT membelasah Kedah 6-0 menerusi Bergson da Silva pada minit kelapan, (35′ dan 64’), Feroz Baharuddin (74’), Murilo Henrique (75’) dan Afiq Fazail (79’).

Sementara itu, Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mengakui anak buahnya banyak melakukan kesilapan yang memberikan gol mudah kepada tuan rumah selain mengakui kelemahan di bahagian jentera serangan.
“Mungkin pemain agak hilang fokus jadi di situlah kesilapan dilakukan. Bertemu dengan JDT ini tidak boleh buat kesilapan sebab kalau buat memang kena hukumlah.

sumber:- SH

“Secara keseluruhan walaupun tiada pemain utama, mereka bermain dengan baik maksudnya ada masanya kita boleh menyaingi JDT cuma kelemahan kita dari segi serangan,” katanya. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

21 minutes ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

58 minutes ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

1 hour ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

2 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

2 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

2 hours ago