sukan

TERKINI: Izzah pecah Rekod

Pelumba berbasikal trek wanita negra, Nurul Izzah Izzati Asri mencipta rekod kebangsaan pecut individu selepas mencatat masa 10.709 saat (s) di pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris.

Catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri 10.903s di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) Nilai, tahun lalu.

Catatan itu sekali gus menyaksikan Izzah yang digelar The Pocket Rocketwoman mengakhiri saingan kelayakan pecut individu di tempat ke-21.

Pelumba kelahiran Kedah itu bertemu Sophie Capewell dari Great Britain namun tewas dan selepas ini dijadual menyertai saingan repechages.

Sementara itu pelumba Jerman, Lea Friedrich berjaya mencatatkan rekod dunia, hanya beberapa minit selepas wakil New Zealand,Ellesse Andrews melakukan perkara sama.

Pelumba berusia 24 tahun itu mencatat masa 10.029s untuk mengungguli pusingan kelayakan.

Dia tampil ke dalam velodrom dengan penuh bersemangat untuk menafikan rekod pemenang pingat emas keirin, Ellesse yang sebelum itu mencatat masa 10.108s.

sumber:- HM

Ellesse memadam rekod lama 10.154 yang dicatatkan penyandang juara Olimpik, Kelsey Mitchell pada 2019.