Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal selepas menduduki tangga ke-12 kelayakan.
Dhabitah mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan dan akan beraksi untuk merebut tempat dalam kedudukan 10 terbaik daripada 18 penerjun esok.
Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Chen Yiwen dari China mengungguli saingan dengan catatan 356.40 mata.
Penerjun Australia, Keeney Maddison di tangga kedua dengan 337.5 mata, manakala Vazquez Montano Aranza dari Mexico, ketiga (321.75).
sumber:- BH
Acara separuh akhir akan berlangsung di Pusat Akuatik Saint-Denis bermula jam 4 petang (waktu Malaysia) untuk mencari 10 penerjun terbaik ke final.