sukan

Olimpik: Rekod dunia dua kali pecah

Belanda memecahkan rekod dunia mereka dua kali sebelum mempertahankan pingat emas acara pecut berpasukan lelaki awal pagi tadi, manakala Australia turut melaungkan amaran dengan memperbaiki catatan rekod acara kejar-mengejar berpasukan lelaki.

Bintang Belanda, Harrie Lavreysen, Roy van den Berg dan Jeffrey Hoogland membakar trek velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines dengan catatan baharu 40.949 saat manakala Britain meraih perak dan Australia gangsa.

Trio itu sebelumnya memukau penonton dengan catatan rekod baharu dunia 41.191s ketika saringan untuk memperbaiki catatan 41.225s dilakukan mereka di Berlin pada tahun 2020.

“Ia gila,” kata Lavreysen, pelumba pecut terbaik dunia.”Sudah tentu kami mahu mempertahankan pingat emas tetapi memecahkan rekod dunia dan melakukan catatan di bawah 41s, ia memang terlalu istimewa.

“Trek ini memang amat pantas dan kami terfikir perlu untuk memecahkan rekod jika mahu muncul juara Olimpik.”

Lavreysen turut menjadi pilihan utama dalam acara pecut individu dan harapan meraih pingat dalam keirin.

Ditanya jika dia berasa sukar untuk dikalahkan, dia membalas: “Ia berasa bagus menjelang minggu ini, jadi tunggu dan lihat.”

Trio sama menang emas Olimpik di Tokyo tiga tahun lalu, menamatkan dominasi pasukan Britain diketuai Jason Kenny yang memenangi kejuaraan di Beijing, London dan Rio.

Dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki, Australia mengalahkan Itali dengan rekod baharu dunia 3:40.730 untuk memadam rekod lama 3:42.032 sekali gus layak ke perlumbaan penentuan emas. Rekod itu dicatat Itali dalam laluan meraih kejuaraan di Tokyo 2020.

sumber:- BH

Pasukan Australia – Oliver Bleddyn, Sam Welsford, Conor Leahy dan Kelland O’Brien – akan bertemu Britain bagi penentuan pingat emas. – AFP

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

10 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

11 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

12 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

12 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

14 hours ago