Walaupun dianggap sukar untuk mencabar podium namun tiada yang mustahil buat penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri membawa pulang pingat dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas memaklumkan bahawa sukar untuknya meramal potensi dan peluang Nur Dhabitah menaiki podium memandangkan atlet itu berdepan pesaing hebat lain.
“Sukar untuk kita meramalkan tetapi untuk selamat anda perlu mengutip 330 mata dan ke atas untuk menaiki podium.”Namun, ia juga bergantung kepada prestasi penerjun lain dalam aksi final nanti.
“Sebagai contoh dalam acara 10m platform seirama pada kali ini, 420 mata hanya mampu untuk memenangi gangsa.
“Jadi, jika Dhabitah boleh kutip 320 mata dan ke atas, dia ada peluang untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik,” katanya.
Mengikut rekod, atlet berusia 25 tahun itu akan memulakan aksinya dalam saingan pusingan kelayakan, esok di Pusat Akuatik Paris.
Pada penampilannya di Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu, Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat pada aksi final selepas mengutip 326.15 mata.
Bagaimanapun, dia dibelenggu masalah kecederaan sejak beberapa musim lalu.
Dhabitah mengalami kecederaan pergelangan tangan yang memaksanya menarik diri dalam acara 10m platform seirama di Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.
sumber:- HM
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu kemudian mengalami kecederaan lengan (tricep) yang menjejaskan prestasinya di Kejohanan Dunia di Doha, Qatar tahun ini manakala dia mengalami demam ketika beraksi di Terbuka Australia, bulan lalu.