sukan

Zii Jia akui sedar selepas ‘ditampar’ Kunlavut

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui tidak mahu meraih gangsa kerana impiannya hanyalah satu untuk membawa pulang emas dari Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir kepada Kunlavut Vitidsarn (kelmarin) dirinya seakan ‘ditampar’ wakil Thailand itu.

“Jujurnya selepas tewas pada perlawanan semalam, saya tidak pasti sama ada saya mahukan pingat ini (gangsa) kerana sasaran saya hanyalah pingat emas.

“Hanya pingat emas yang belum dimenangi Malaysia jadi saya rasa bagaikan ditampar oleh Kunlavut (Vitidsarn) daripada mimpi yang indah. Saya rasa kosong, saya tidak boleh tidur dan tidak boleh makan selepas itu,” kata Zii Jia menerusi temubual bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan.

Ujarnya, ia adalah satu perjalanan yang sukar dipercayai selepas berjaya merangkul pingat gangsa selepas menewaskan wakil India, Lakshya Sen di Porte de La Chapelle Arena.

“Tetapi untuk aksi hari ini, saya mengawal permainan pada set pertama dan begitu juga pada set kedua. Lakshya menunjukkan persembahan yang baik tetapi saya dapat mengatasinya untuk memenangi perlawanan,” kata pemain ranking ketujuh dunia itu.

Zii Jia bangkit daripada tewas set pertama untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-16, 21-11 bagi menghadiahkan pingat kedua kontinjen negara di Paris setakat ini.

Ini menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo di mana dia berjaya mara sehingga ke pusingan kedua sebelum tewas di tangan pemenang pingat perak dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.

sumber:- HM

Terdahulu, pingat pertama disumbangkan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa, semalam.

Recent Posts

  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

51 minutes ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

1 hour ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

5 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

6 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

6 hours ago