sukan

TERKINI: Zii Jia bangkit untuk hadiahkan pingat kedua buat Malaysia

Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan jaguh India, Lakshya Sen, dalam aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.

Permulaan perlahan menyaksikan pemain di rangking ketujuh dunia itu bergelut dalam set pertama sehingga pada satu ketika ketinggalan 6-13 sebelum akur tewas 13-21.

Zii Jia sekali lagi berdepan masalah sama pada awal set kedua tetapi sebaik ketinggalan 3-8, dia meraih sembilan mata berturut-turut untuk mendahului 12-8 dan selepas itu, dia tidak pernah ketinggalan untuk menang 21-16 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Aksi dalam set ketiga menyaksikan Sen bergelut dengan kecederaan lengan kanannya dan penguasaan penuh dipamerkan Zii Jia untuk menamatkan pertarungan selama seminit 11 saat itu dengan kemenangan 20-11 untuk menghadiahkan pingat gangsa kedua negara.

sumber:- stadium astro

Sebagai rekod, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat gangsa pertama negara dalam edisi kali ini menerusi acara beregu lelaki.

Recent Posts

  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

13 minutes ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

49 minutes ago
  • sukan

Toh Ee Wei tertarik dengan gandingan No. 1 Thailand

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More

56 minutes ago
  • sukan

Pelik , Macam mana boleh beri

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More

1 hour ago
  • sukan

Bakal pemain warisan baharu Malaysia punyai nilai pasaran yang amat tinggi

Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More

3 hours ago
  • sukan

Vietnam mungkin ikut jejak Malaysia

Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More

3 hours ago