“Saya hanya ingin bermain secara percuma dan ini masa untuk Kedah kembali menyinar.”
Itu komen bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Liridon Krasniqi selepas pasukan itu tewas kepada 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA malam tadi.
Hasrat pemain itu bukan kali pertama tapi sudah beberapa kali menyatakan minat ingin kembali ke Kedah dan membantu bekas pasukannya itu bangkit dan menjadi antara yang terkuat di dalam Liga Malaysia (Liga M).
Jika melihat situasi yang dialami oleh skuad kendalian Nafuzi Zain ketika ini, kehadiran pemain naturalisasi negara itu mungkin boleh membantu bahagian tengah dalam mengatur serangan yang lebih baik sekali gus mencipta ruang dan peluang lebih banyak untuk mendapatkan jaringan.
“Telefon saya masih tidak berdering lagi, saya pulang ke rumah (pasukan Kedah). Saya akan bermain secara percuma dan hanya mahu membantu.
“Kedah, sudah tiba masanya untuk bersinar semula,” katanya di ruangan komen Instagram KDA.
Pemain kelahiran Kosovo itu memang antara pemain tengah terbaik di dalam Liga M sebelum ini dan amat bagus dalam mengawal bola di kakinya terutama sewaktu beraksi dengan KDA.
Meskipun pasukan dari utara itu sebelum ini terpalit dengan isu tunggakan gaji tetapi kali ini tidak perlu risau apabila Liridon atau lebih dikenali dengan Mat Don sanggup main secara percuma tanpa mengharap bayaran gaji.
sumber:- HM
Untuk makluman, Mat Don mula menyertai Sang Kenari pada 2015 hingga 2018 dan di situ juga dirinya berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan. Antaranya, memenangi Piala Malaysia dan Piala FA serta beberapa kejuaraan lagi sepanjang bersama KDA.