Juara dunia badminton perseorangan lelaki dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn menyatakan harapannya untuk melihat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dapat merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Kunlavut menyekat kemaraan Lee Zii Jia dalam aksi separuh akhir semalam, dengan kemenangan dua set 21-14, 21-15 untuk menempah tiket ke penentuan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 untuk bertemu pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Viktor Axelsen.
Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani selepas perlawanan semalam, beliau berharap agar Lee Zii Jia dapat memenangi pingat gangsa apabila dijadualkan turun beraksi menentang pemain India, Lakshya Sen.
“Saya rasa ini kali pertama pemain Thailand dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik. Saya sangat gembira, dan lawan saya antara pemain yang terbaik. Namun seperti pemain biasa yang lain, saya perlu belajar dengan mereka dan buat yang terbaik” ujar Kunlavut.
“Hari ini saya berjaya buat yang terbaik, dan saya berharap agar Lee Zii Jia dapat pingat gangsa untuk Malaysia” tambahnya lagi.
Untuk perlawanan pingat gangsa, Lee Zii Jia akan beraksi menentang Lakshya Sen pada pukul 8:30 malam ini, manakala perlawanan penentuan pingat emas akan dinoktahkan apabila Kunlavut dan Axelsen turun berentap juga pada pukul 9:40 malam ini.
sumber:- stadium astro
Stadium Astro akan membawakan siaran langsung percuma perlawanan tersebut di sini. Anda juga boleh strim melalui Astro, Astro GO dan Sooka.