Beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin mencipta sejarah apabila muncul beregu lelaki pertama mempertahankan pingat emas dalam acara terbabit di Sukan Olimpik.
Selepas menumbangkan gandingan China, Lin Junhui-Liu Yuchen pada final edisi 2020, Lee Yang-Chi Lin sekali lagi mengecewakan pasangan dari China, Liang Weikeng-Wang Chang menerusi keputusan 17-21, 21-18, 21-19 di Porte de La Chapelle Arena.
Jelas Weikeng dan Wang Chang yang turun selaku pilihan utama dan juga status sebagai beregu nombor satu dunia tidak mempunyai jawapan untuk menumbangkan pasangan dari Taiwan itu untuk kemenangan ketiga mereka dalam lima pertembungan.
Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasangan saling bertukar mata untuk beregu China memenangi set pertama 21-17.Lee Yang-Chi Lin bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-18 sebelum menoktahkan kemenangan pada set penentuan menerusi keputusan 21-19 dalam tempoh 72 minit.
Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik beregu Malaysia, Aaron Chia-Soh Woi Yik selepas menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19.
sumber:- BH
Ini menyaksikan beregu negara berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo apabila merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 sekali gus menghadiahkan pingat pertama negara pada edisi kali ini.