Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA selepas meledak dua jaringan di Stadium Sultan Ibrahim untuk memenangi kelebihan agregat menentang Kedah Darul Aman, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah mempamerkan permainan agresif untuk mendapatkan jaringan awal namun, kubu pertahanan skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya menghalang serangan juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu.
Di sebalik asakan berbahaya JDT yang di ketuai oleh Bergson da Silva, penajaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz, memainkan peranan penting menangkis setiap percubaan untuk menyelamatkan gawang pasukan utara Tanah Air itu.
Jaringan pertama aksi separuh akhir itu hadir dalam separuh masa kedua apabila pertahanan muda, Feroz Baharudin, menampan masuk bola hantaran daripada pemain kebangsaan, Matthew Davies, untuk memecahkan kebuntuan perlawanan.
Kedah hampir menyamakan kedudukan tetapi dinafikan oleh video bantuan pengadil (VAR) selepas mendapati seorang pemain ditangkap ofsaid sebelum jaringan dibuat.
sumber:-stadium astro
Bergson dan Juan Muniz melengkapkan malam gemilang JDT dengan menjaringkan dua gol kemenangan untuk membawa skuad Harimau Selatan mara ke pentas akhir.