PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui persiapan rapi perlu dilakukannya menjelang pertemuan dengan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam aksi separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad.
Menurutnya, perlawanan menentang Kunlavut yang juga juara dunia 2023 akan menjadi satu saingan sukar kerana dia perlu berada pada tahap fokus yang tinggi.
“Rekod pertemuan saya menentangnya tidak begitu baik dan dia adalah juara dunia.
“Dia telah menewaskan pilihan utama dan dia pastinya berada pada prestasi terbaiknya dan penuh keyakinan. Saya perlu mempersiapkan diri dengan baik,” katanya.
Zii Jia merekodkan pencapaian terbaik mara ke separuh akhir Olimpik apabila menewaskan wakil Denmark, Anders Antonsen dalam pertembungan suku akhir di Porte de La Chapelle Arena.
Kunlavut pula mara ke separuh akhir selepas mencipta sensasi menyingkirkan pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi menerusi kemenangan straight sets 21-12, 21-10.
Mengulas mengenai kemenangan ke atas Antonsen, dia mengakui agak tenang dalam menghadapi perlawanan tersebut sebaliknya pemain Denmark itu terlalu gopoh untuk menyudahkan saingan.
Zii Jia berkata, perkara itu menjadi faktor utama dia berjaya menewaskan Antonsen sekali gus mara ke separuh akhir.”Saya cukup gembira dengan persembahan saya. Saya agak tenang dalam perlawanan yang begitu besar manakala Antonsen terlalu mahu menang dan akhirnya melakukan banyak kesilapan.
sumber:- SH
“Ini adalah Sukan Olimpik dan semua orang mahu menang dan ia bergantung kepada siapa yang boleh bertenang dan menangani semua jenis situasi terutamanya tekanan,” katanya.