sukan

Olimpik : Keputusan aksi penentuan gangsa Pearly-Thinaah

Malaysia masih perlu menunggu untuk menuai pingat pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini selepas beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas di tangan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris sebentar tadi.

Pasangan negara itu nyata masih belum mendapat jawapan mengenai cara untuk mengatasi Matsuyama-Shida apabila tunduk 21-11, 21-11 dalam tempoh 44 minit.

Ia adalah kekalahan ke-10 Pearly-Thinaah di tangan lawan dalam 11 pertemuan.Aksi Pearly-Thinaah dalam perlawanan itu boleh dirumuskan serba tidak menjadi.

Tidak seperti aksi yang ditampilkan dalam perlawanan sebelum ini yang menyaksikan mereka mempamerkan semangat juang tinggi, Pearly-Thinaah seolah-olah masih dihantui kekecewaan berikutan kekalahan perit yang dialami pada separuh akhir, semalam.

Set pertama menyaksikan penguasaan penuh Matsuyama-Shida dengan Pearly-Thinaah dilihat banyak melakukan kesilapan mudah sekali gus membolehkan lawan mereka hanya mengambil masa 19 minit untuk menoktahkan kemenangan 21-11.

Kebangkitan yang diharapkan daripada Pearly-Thinaah pada set kedua tidak menjelma sebaliknya gandingan Jepun itu lebih unggul untuk terus mendominasi permainan sekali gus menang 21-11.

Di sebalik kekalahan itu, aksi Pearly-Thinaah secara keseluruhannya di Paris kali ini tetap boleh dibanggakan apabila muncul beregu wanita pertama negara layak ke separuh akhir Olimpik sebelum tunduk di tangan pasangan utama dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam tiga set.

Malaysia kini bergantung harap kepada beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia untuk meraih pingat dalam badminton.

Aaron-Wooi Yik akan beraksi dalam penentuan gangsa menentang gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen manakala Zii Jia turun dalam aksi separuh akhir menentang pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

sumber:- BH