sukan

Faisal sujud syukur di Stadium MBPJ

Kuala Lumpur: Setelah hampir tiga bulan menyepi, akhirnya Faisal Halim tersenarai dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Meskipun tidak berada dalam kesebelasan utama skuad Merah Kuning namun ketika pemain itu berjalan memasuki padang, tepukan gemuruh menggegarkan stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Faisal atau mesra dengan Mickey seakan-akan tidak tahan sebak apabila dia melakukan sujud kesyukuran sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas padan.

sumber:- HM

Untuk rekod, Mickey masih belum melakukan penampilan pertama di Liga Malaysia selepas dirinya menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali sehingga terpaksa menjalani empat pembedahan.