Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam aksi suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.
Aksi sengit dipamerkan kedua-dua beregu dalam set pertama tetapi selepas kedudukan terikat 19-19, Aaron dan Wooi Yik membenarkan lawan untuk memperoleh dua mata terakhir, sekali gus tewas 19-21.
Bagaimanapun, aksi dalam set kedua mencerminkan sebaliknya apabila Aaron dan Wooi Yik tidak pernah ketinggalan sejak awal permainan untuk meraih kemenangan 21-15 bagi mengheret permainan ke set penentuan.
Keadaan kian tegang dalamn set ketiga, di mana Aaron dan Wooi Yik sentiasa berusaha untuk mengejar mata lawan tetapi setelah secara keseluruhan bertarung selama seminit dan lapan saat, gandingan negara itu terpaksa akur dengan kekalahan 17-21, sekali gus gagal ke final.
Mereka seterusnya akan meneruskan misi mem