sukan

Faktor disebalik kegagalan Tang Jie-Ee Wei di Suku Akhir

Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, beranggapan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kekurangan beberapa aspek lagi yang menidakkan mereka untuk melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Selepas mempamerkan prestasi garang di peringkat kumpulan, mereka terpaksa akur perjalanan dalam suku akhir di Arena Porte de La Chapelle, awal pagi tadi itu berakhir dalam tempoh 45 minit permainan apabila tunduk straight set 19-21,14-21 kepada gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

Lantas, pengendali dari Indonesia itu beranggapan Tang Jie-Ee Wei perlu menggunakan tempoh yang ada untuk persiapan yang lebih jitu dalam usaha kedua selepas ini.

“Kejohanan ini (berlangsung) empat tahun sekali jadi harus dipersiapkan segalanya, bukannya hanya teknik yang bagus.
“Paling penting adalah mental.

sumber:- stadium astro

“Mungkin berdasarkan perlawanan ini, ada peluang tidak diambil. tapi sayang itu sudah terjadi.”Ini adalah olimpik pertama mereka,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, selepas perlawanan pertarungan itu.Tambah Tang Jie yang kini berusia 26 tahun: “Sedih, (patut) boleh buat lebih baik lagi.”