sukan

Air muka pengendali JDT tarik perhatian selepas diikat PDRM

Air muka pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio nyata suram sepanjang sidang media selepas aksi dengan PDRM FC selepas anak buahnya gagal melakar kemenangan apabila ‘terkucil’ seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Jelas Bidoglio, setiap perlawanan diharungi khususnya dalam saingan Liga Super adalah untuk memburu kemenangan dan keputusan seri itu sebenarnya pahit untuk ditelan.

Bagaimanapun, beliau akui PDRM bukanlah lawan yang mudah apabila skuad kendalian P Maniam itu memberi tentangan cukup hebat sepanjang aksi itu.

“Perlawanan yang sukar kerana lawan bermain sangat padat dan bertahan dengan baik. Kita cuba mendapatkan gol tetapi keputusan itu tidak menggambarkan keseluruhan perlawanan.

“Sasaran kita adalah untuk menang semua perlawanan tetapi semua pasukan bekerja keras. Saya suka untuk menang dan pemain bekerja keras untuk memenangi setiap perlawanan tetapi inilah bola sepak.

“Jadi, kita perlu terus bekerja keras untuk memperagakan aksi yang lebih baik selepas ini tetapi saya lihat semua pemain menunjukkan persembahan yang bagus setakat ini,” katanya.

Terdahulu, skuad ‘The Cops’ menjadi pasukan pertama berjaya menyekat skuad Harimau Selatan itu daripada mengutip mata penuh selepas tujuh perlawanan liga setakat ini.

PDRM FC berjaya bertahan dengan baik untuk menutup peluang JDT mendapatkan gol dan mereka terlebih dahulu mengejutkan JDT apabila meledak gol pembukaan menerusi jaringan Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-22.

Namun JDT hanya memerlukan 10 minit untuk kembali dalam permainan selepas Oscar Arribas menyelamatkan JDT dengan gol penyamaan pada minit ke-32.

sumber:- HM

Meskipun mendominasi permainan namun pujian harus diberikan kepada barisan pemain PDRM FC yang berjaya bertahan dengan baik sekali gus memastikan satu mata untuk mereka.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

9 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

10 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

11 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

11 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

12 hours ago