PDRM FC menyekat rentak kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya mengikat juara bertahan itu 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi.
Ini menyaksikan skuad bimbingan P Maniam itu menjadi pasukan pertama berjaya menyekat skuad Harimau Selatan itu daripada mengutip mata penuh selepas tujuh perlawanan liga setakat ini.
Bagaimanapun, JDT masih gah berkelebihan enam mata di persada liga selepas pencabar terdekat, Selangor FC (SFC) turut tercicir mata apabila terikat 1-1 dengan Sri Pahang FC (SPFC).
PDRM FC berjaya bertahan dengan baik untuk menutup peluang JDT mendapatkan gol dan mereka terlebih dahulu mengejutkan JDT apabila meledak gol pembukaan menerusi jaringan Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-22.
Namun JDT hanya memerlukan 10 minit untuk kembali dalam permainan selepas Oscar Arribas menyelamatkan JDT dengan gol penyamaan pada minit ke-32.
Bersambung babak kedua, JDT terus rancak menjana serangan dan palang gol mengecewakan JDT daripada beroleh gol kedua pada minit ke-62 apabila sepakan percuma Juan Muniz menggegar palang gol.
Meskipun beroleh beberapa peluang untuk menambah gol namun JDT terus dikecewakan dengan kemantapan benteng PDRM FC yang berjaya memastikan gawang mereka tidak bocor buat kali kedua.
sumber:- BH
Selepas ini, PDRM FC akan berentap dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) sementara JDT pula akan melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA, Ahad ini.
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More