sukan

Akhyar Rashid muncul wira

Pemain kebangsaan Akhyar Rashid muncul wira Terengganu FC (TFC) apabila dia meledak gol kemenangan ketika menundukkan Negeri Sembilan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam tadi.

Akhyar, yang beraksi secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim, melakukan rembatan leret selepas menerima umpanan Marin Pilj pada minit ke-58 bagi memastikan pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam liga setakat ini.

Bagaimanapun tuan rumah yang mendominasi permainan dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat pada ke-15 menerusi Mika Junco.Jaringan itu terhasil selepas penyerang dari Sepanyol itu mendapat umpanan cantik daripada Takumi Sasaki sebelum tandukannya gagal diselamatkan penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah menggandakan asakan dan membuahkan hasil selepas sepakan percuma menarik kapten, Safawi Rasid pada masa kecederaan babak pertama menerjah jaring untuk kedudukan 1-1 menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, TFC tidak menunggu lama untuk mendahului skuad kendalian Azzmi Ab Aziz apabila bola hantaran silang Akhyar Rashid mudah ditanduk masuk pemain gantian, Nnabuike Chukwu pada minit ke-48.

sumber:- BH

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Jacque Faye berpunca aksi kelam-kabut dalam kotak penalti.