Wakil tunggal perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, menepati ramalan apabila mudah mengetepikan cabaran pemain dari Afrika Selatan, Johanita Scholtz, dalam saingan badminton Kumpulan H Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.
Atlet berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga meskipun sedikit bergelut di set pertama ketika ingin menamatkan permainan di mata penentuan 20-20 sebelum melakukan smash kencang untuk mengakhiri set tersebut.
Lebih manis, Juara Badminton Remaja dua kali itu tidak memberikan sebarang kelebihan buat lawannya sekali gus memberikan kemenangan buat Malaysia dalam masa 14 minit sahaja untuk memenangi aksi itu.
sumber:- stadium astro
Selepas ini, Jin Wei akan bertemu wakil dari Korea Selatan, Kim Ga-eun yang menduduki ranking ke-17 dunia sebagai cabaran sebenar pada perlawanan seterusnya.