sukan

Keputusan aksi penentuan Malaysia berdepan Australia

Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara menamatkan saingan Kejuaraan B-19 AFF 2024 di kedudukan keempat selepas tumbang 5-3 menerusi sepakan penentuan penalti di tangan juara lima kali, Australia pada aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Gelora Bung Tomo, sebentar tadi.

Australia membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Marcus Younis namun anak buah Juan Torres Garrido gagal menyamakan kedudukan sehingga kedudukan 0-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Malaysia yang juga juara dua kali iaitu pada edisi 2018 dan 2022 cuba bangkit dan gol sendiri Jake Najvoski pada minit ke-73 membolehkan Malaysia mengikat kedudukan kepada 1-1.

Bagaimanapun, sepakan penentuan penalti tidak berpihak kepada Malaysia apabila mereka tewas 5-3 sekali gus menyaksikan Australia merangkul tempat ketiga pada edisi kali ini di Indonesia.

Terdahulu, skuad negara gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022 selepas tewas di tangan tuan rumah, Indonesia 0-1 pada aksi separuh akhir, Sabtu lalu.

Indonesia akan membuat perhitungan di pentas final menentang Thailand di venue sama, malam ini.Sebagai rekod, skuad B-19 beraksi cemerlang di peringkat kumpulan apabila menggungguli saingan Kumpulan C dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri.

sumber:- BH

Mereka membelasah Brunei 11-0 sebelum menang 5-0 ke atas Singapura dan menutup kempen peringkat kumpulan dengan keputusan 1-1 menentang Thailand.