sukan

Saya harus bersendirian — Wooi Yik

Sebelum ini wujud tanda tanya buat fanatik badminton tanah air mengenai sunyi sepi sahaja di semua platform media sosial Soh Wooi Yik mejelang Olimpik Paris 2024.

Sedar mengenai kerisauan para peminat terhadap Wooi Yik, wartawan Astro Arena — Shahrazad Sani sempat menemubual tuan empunya badan usai aksi pertama Kumpulan A Beregu Lelaki di Aréna Porte de La Chapelle.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu akui bahawa persiapan rapi perlu dilakukannya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada saingan Olimpik kali ini.

‘Ya betul, persiapan rapi dilakukan. Jurulatih dan semua tahu bahawa saya duduk dalam BAM.”Apa yang saya sendiri mahu adalah fokus dan tidak mahu terganggu dengan apa yang ada di luar. Setiap pemain lain cara dan gaya.

“Bagi saya saya harus bersendirian dan lebih fokus pada kualiti dan gaya permainan. Kita harapkan yang terbaik Tuhan akan bagi kita.

sumber:- stadium astro

“Kami akan berjuang habis-habisan.Soh Wooi Yik dan Aaron Chia akan turun kembali beraksi dalam perlawanan kedua kumpulan A menentang beregu dari Kanada iaitu Dong Adam-Nyl Yakura. Selamat maju jaya!