Impian skuad bawah 19 (B-19) tahun negara untuk mempertahankan trofi Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 musnah apabila tewas 1-0 kepada Indonesia dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Beraksi di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya, kedua-dua pasukan menampilkan aksi sengit yang menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Skuad Harimau Malaya B-19 bagaimanapun dipaksa bekerja keras mempertahankan kubu mereka apabila Indonesia melakukan asakan bertali arus pada separuh masa kedua.
Selepas kebal bertahan, benteng skuad negara akhirnya bolos juga pada minit ke-78 menerusi rembatan jarak dekat Muhammad Alfharezzi Buffon.
Jaringan tunggal itu kekal hingga wisel penamat dengan Indonesia menempah pertembungan final dengan Thailand yang menewaskan Australia 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
sumber:- BH
Sementara itu, Malaysia yang dibimbing Juan Torres Garrido akan membuat perhitungan dengan Australia dalam aksi penentuan tempat ketiga, Isnin ini.