sukan

JDT umum ikat Enzo Lombardo

Selepas mengumumkan ketibaan tonggak pertahanan import baharu, Park Jun Heong, semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuat kejutan, hari ini.

Juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengumumkan pemain tengah, Enzo Lombardo sebagai senjata import baharu Harimau Selatan.

Menerusi video yang disiarkan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, bekas pemain Real Mallorca berusia 27 tahun itu akan memakai jersi ‘nombor 7’ yang sebelum ini disarung pemain termahal Liga Malaysia (Liga M), Jalil Elias.

Terdahulu, JDT mengumumkan tonggak pertahanan berusia 31 tahun, Jun Heong sebagai pemain baharu kelab itu.Sementara itu, Jun Heong menerusi Instagram miliknya merakamkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT.

sumber:- BH

“Ia adalah saat yang mana impian saya menjadi kenyataan. Ia satu penghormatan untuk bekerja dengan Tunku Mahkota Ismail dan terima kasih. Saya akan yang terbaik kepada peminat,” katanya.