sukan

Olimpik Paris : Aaron-Wooi Yik cemas sebelum mara

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan detik cemas sebelum mencatat kemenangan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.

Bekas juara dunia itu yang turun menentang pasangan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy dikejutkan dengan kekalahan di set pertama sebelum kembali bangkit untuk menang 19-21, 21-16, 21-11 dalam aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.

Kemenangan itu cukup penting buat Aaron-Wooi Yik dalam misi mereka untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan dua teratas sekali gus mara ke peringkat suku akhir.

Pasangan nombor lima dunia itu akan berdepan gandingan Kanada, Nyl Yakura-Adam Dong untuk aksi kedua kumpulan, esok.Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan semangat melawan yang tinggi sebelum tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

sumber:- BH

Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila tewas 17-21, 20-22 dalam aksi pertama Kumpulan A itu.Pasangan negara itu tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan dalam aksi kedua kumpulan menentang gandingan nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.