Pemain perseorangan lelaki berpengalaman Sepanyol, Pablo Abian melaungkan amaran awal betapa dia tidak akan memberi laluan mudah kepada pencabarnya termasuk Lee Zii Jia dalam saingan peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024.
Kedua-dua pemain itu diundi dalam Kumpulan G yang turut dibarisi Viren Nettasinghe dari Sri Lanka.
Zii Jia akan memulakan aksi menentang Viren di Porte de La Chapelle Arena sebelum bertemu dengan Abian.Dengan Abian dan Zii Jia diramal tidak berdepan masalah untuk mengatasi Viren, pertembungan kedua-dua pemain berkenaan dijangka menjadi penentu juara kumpulan sekali gus layak ke pusingan kalah mati.
Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan mara ke pusingan 16 terakhir bagi acara perseorangan.
Abian, 39, yang membuat penampilan kelima pada Olimpik Paris kali ini, berkata dia sudah bersedia sepenuhnya untuk turun memulakan kempen di Paris.
“Saya bertuah kerana berpeluang sekali lagi beraksi di Sukan Olimpik. Ini akan menjadi penampilan kelima saya tetapi mengambil pendekatan dengan menganggap ia adalah yang pertama.
“Saya bermotivasi tinggi, kami sudah melakukan persiapan dengan baik untuk berada di sini dan berada pada tahap terbaik.
“Matlamat utama adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan seterusnya bersaing bagi memenangi pingat,” kata Abian yang kini menduduki ranking ke-62 dunia.
Bagaimanapun, atas kertas Zii Jia dilihat memiliki kelebihan untuk mengatasi Abian berdasarkan prestasi semasa dan tahap kecergasan.
sumber:- BH
Malah, Zii Jia juga sebelum ini berjaya memenangi satu-satunnya pertemuan antara mereka ketika Terbuka Hylo di Jerman pada 2021.