sukan

Lee Zii Jia, Aaron Chia terkejut

Kehadiran wartawan sensasi Astro Arena, Shahrazad Sani atau lebih dikenali sebagai Bang Med dalam kalangan peminat sukan badminton tanah air menghadirkan perasan gembira dan ceria buat barisan atlet badminton negara seperti Lee Zii Jia dan Aaron Chia serta Soh Wooi Yik.

Ini dapat dilihat setelah Bang Med dapat bersua muka sendiri dengan mereka ketika melawat venue latihan di Paris.

Wong Tat Meng: Cakap u tidak mari.
Shahrazad Sani: U stress sebab tu i datang, i kacau you punya atlet boleh?
Wong Tat Meng: Kacau dialah
Lee Zii Jia: Eh bang
Wong Tat Meng: Dia mesti layan u lah, lain orang tak tahulah
Lee Zii Jia: U cakap tak datang
Shahrazad Sani: Last minute
Lee Zii Jia: Last minute?
Shahrazad Sani: Boleh interview sikit?
Lee Zii Jia: BOLEH

Kemesraan dan keterujaan ini juga dapat dilihat apabila Bang Med sempat bergurau dengan Aaron bahawa apa yang Aaron minta pada Astro Arena dahulu di Kejohanan Dunia 2023 sudah pun ditunaikan permintaannya dalam kempen Olimpik kali ini.

Situasi di video pertama
Aaron Chia: Bila sampai?
Shahrazad Sani: Malam tadi. Ini pun saat-saat akhir dapat bertugas di sini, hari itu u ada “orderkan” ?
Aaron Chia: Astro Arena sudah dengar!

Situasi di video kedua:
Soh Wooi Yik : Selalu abang ada mesti ada pingat
Aaron Chia: Betul-betul,itu betul!

Shahrazad Sani: Selagi khidmat Bang Med diperlukan, Bang Med bersedia bertugas demi Aaron dan Wooi Yik — jadi dekat Sukan Asia ke Olimpik nak pakai?”

Aaron Chia: Dua pun nak pakai, Astro Arena hantar abang ya!
Kehadiran Bang Med ke sukan mega yang melibatkan acara badminton pastinya akan menggamit memori kerana pengalaman untuk menjadi saksi dan insan yang melaporkan kejayaan atlet-atlet di bumi Rio pada Olimpik 2016 masih segar dalam ingatan.

Untuk rekod, Malaysia berjaya raih tiga pingat perak dalam sukan badminton di Olimpik 2016 masing-masing melalui Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (kategori beregu campuran), Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (kategori beregu lelaki) dan Datuk Lee Chong Wei (kategori perseorangan lelaki).

sumber:- stadium astro

Semoga dengan kehadiran Bang Med di Paris kali ini dapat mengulang semula sejarah yang kita dapat kecapi dahulu. Sama-sama kita doakan.