sukan

Kad merah Ubaidullah cetus kontroversi

Tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada pertahanan Terengganu FC (TFC), Ubaidullah Shamsul ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat tempatan.

Dalam insiden pada minit ke-30 itu, pengadil terlebih dulu menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah selepas pemain bawah 23 tahun itu dikatakan menolak Bergson dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, insiden itu turut disemak pegawai Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mencadangkan pengadil menyaksikan semula kejadian terbabit di monitor VAR tepi padang.

Selepas menyaksikan semula insiden itu, pengadil membuat kejutan melayangkan kad merah sedangkan ramai berpendapat sepakan penalti sudah memadai kerana ia bukan kesalahan serius hingga memaksa pelawat beraksi dengan 10 pemain.

sumber:- HM

Bergson kemudian menyempurnakan penalti untuk meletakkan JDT mendahului 2-0 pada babak pertama selepas jaringan pertama Heberty pada minit keenam.