sukan

Safawi Rasid terima berita menyedihkan

Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.

Perkara itu disahkan Safawi di hantaran Instagram miliknya dan berkongsi emoji menunjukkan dia amat bersedih menerima perkhabaran itu.

“Al-Fatihah abangku Ahmad Muslim Rasid telah kembali kerahmatullah sebentar tadi,” katanya melalui perkongsian di Instagram miliknya.

Mengikut maklumat dikongsikan, abangnya yang meninggal itu mempunyai kembar bernama Ayub Rasid.Berita mendukacitakan itu memberi kesan amat mendalam buat Safawi yang tidak dapat beraksi apabila TFC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di tempat lawan, Jumaat ini berikutan berstatus pemain pinjaman.

sumber:- HM

Pada Disember tahun lalu, Safawi turut menerima berita menyedihkan apabila ayahnya, Rasid Sulung meninggal dunia.