sukan

Komen Arif Aiman selepas memakai lilitan kapten JDT

Tonggak muda negara, Arif Aiman Hanapi mengakui lilitan lengan selaku kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah sebagai bebanan buat dirinya beraksi di atas padang.

Pemain berusia 22 tahun itu diberikan tugas sebagai kapten Harimau Selatan ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA berdepan Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu.

Malah, dia yang juga pemain kebangsaan menyifatkan tanggungjawab besar dipikul dalam perlawanan penting itu sebagai pengalaman dan peluang berharga untuk masa depan kerjayanya.

“Saya berasa satu penghargaan besar untuk jadi kapten JDT. Saya tak anggap itu beban, tapi saya anggap itu peluang berharga dalam karier untuk masa akan datang,” katanya dalam video yang dikongsikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Saya berasa satu penghargaan besar untuk jadi kapten JDT. Saya tak anggap itu beban, tapi saya anggap itu peluang berharga dalam karier untuk masa akan datang,” katanya dalam video yang dikongsikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Kedua-dua pasukan akan bertembung dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, 4 Ogos depan dengan Harimau Selatan memiliki peluang lebih cerah ke final, sekali gus mengekalkan Piala FA.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Arif menjelaskan pasukannya beraksi dengan baik dan mencipta banyak peluang, namun tidak berjaya melakukan penyudah lebih berkesan.

sumber:- HM

“Kami akan perbaiki untuk aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim. Saya bangga dengan semua pemain, kami mendapat gol minit akhir dan ia kemenangan baik untuk dibawa pulang ke Johor,” katanya.