sukan

Padu Sony Norde ‘bidas’ pengadil

Kapten pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap keputusan yang diputuskan perlawanan pada aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA yang menyaksikan skuadnya tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman semalam.

Menurut pemain dari Haiti berusia 35 tahun itu, skuadnya sepatutnya mampu mencapai keputusan seri dalam perlawanan itu namun terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat pengadil perlawanan Muhammad Nazmi Nasaruddin yang tidak memihak Sang Kenari.

Katanya pada aksi tersebut, terdapat kekasaran telah dilakukan terhadap pemain tengah Kedah, Habib Haroon sebelum JDT memperolehi gol pertama pada minit ke-23 dan ini disusuli peluang sepatutnya mendapatkan sepakan penalti apabila bola dilihat terkena tangan pemain pertahanan JDT Shahrul Saad ketika perlawanan di hujung babak perlawanan.

“Selepas beraksi lima tahun di Malaysia saya dapati ia cukup memalukan membabitkan keputusan yang dibuat pengadil perlawanan. “Kami menjangkakan keputusan selepas menyamakan kedudukan 1-1 itu baik untuk kami terus hidup dalam perlawanan ini, tetapi keputusan yang tidak memihak kami berkaitan keputusan pengadil yang tidak memberi hukuman penalti itu benar-benar mengecewakan kami.

“Bagi saya aksi ini adalah 50-50 dengan serangan yang kami lakukan dan JDT juga cipta banyak peluang. Tetapi yang membezakan kedua-dua pasukan adalah keputusan pengadil dan itu yang ‘membunuh’ aksi kami untuk mendapat kemenangan,” katanya.

Sony juga berkata, skuadnya sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya seri dalam aksi ini melihat pada cabaran yang telah diberikan dihadapan lebih 22,000 penyokong yang hadir ke Stadium Darul Aman semalam.

sumber:- HM

“Saya akan terus menyatakan saya benar-benar kecewa dan sangat tidak gembira dengan keputusan pengadil itu. Jika sekurang-kurangnya jika kami dapat keputusan seri pun ia sudah cukup memadai buat kami,” katanya lagi,” katanya.