sukan

TMJ bagi ‘hint’ pasukan baharu Pan Gon

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan selamat berjaya buat Kim Pan-gon, berikutan perletakan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya.

Pertemuan bersama bekas pengendali berusia 55 tahun itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahad, di sebuah hotel sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melalui laman X mengucapkan: “Selamat berjaya Kim Pan-gon, perbincangan mengenai bola sepak yang menarik.”

sumber:- stadium astro

“Mungkin mendapat tawaran yang lebih baik. Kalau betul ke Ulsan, selamat berjaya. Terima kasih atas sumbangan anda.” katanya.
Sepanjang dua tahun empat bulan Pan-gon melatih skuad negara, dia berjaya membawa Malaysia ke saingan Piala Asia Qatar 2022 dan memacu kedudukan ranking daripada 154 ke 135 kini.